Expired : 18.06.18

“Saya Tak Kenal, Tapi Kalau Betul Dia Pemenang AJL… Syukurlah!,” – Azwan Ali Perjelas, Naim Daniel Balas Reaksi


Kecoh di laman media sosial membabitkan selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA dan penyanyi Naim Daniel, beberapa hari lalu.


Sebelum ini, Diva AA didakwa ada memperlekehkan kemenangan penyanyk remaja terbabit di Anugerah Juara Lagu Ke-34 yang berlansung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad menerusi akaun Twitter miliknya.


Bukan itu sahaja, bekas pengacara Muzik-Muzik era 90-an ini ada mengunakan perkataan ‘Jadah’ dalam isu berkaitan.


Lalu, Diva AA ada menjelaskan mengenai isu tersebut di sidang media yang diadakan oleh Azwan di Marriot Hotel, Putrajaya pada petang Selasa.


“Ini adalah masa untuk saya menjelaskan beberapa isu yang timbul antaranya Naim Daniel, cerita ini sangat panas dan pedas. Siapa lelaki ini?


“Saya ulang saya tak kenal Naim Daniel saya bukan benci dia, saya tak kenal dia kerana artis terlalu ramai.


“Apa yang saya bantai tentang kejayaan dia adalah umum dan ia merupakan satu kenyataan umum mengenai pemenang-pemenang seperti AJL atau sesiapa sahaja.


“Memanglah nampak seolah-olah saya menghina dia, mencaci Naim Daniel tapi satu perkara mengenai lelaki ini dia telah twit saya malam tadi dalam nada yang mempertahankan dia sebagai seorang pemenang.


“Tapi dia tidak berkurang ajar dengan saya. Maksud saya disini, anda boleh belajar sesuatu tak daripada lelaki ini?,” tulisnya.


Azwan pada masa sama turut menambah, dia baru tahu bahawa bintang tersebut menyokongnya ketika terlibat dalam politik tak lama dulu.


“Kemudian saya baru dapat tahu dialah penyokong kuat Diva AA semasa bertanding Parti Gajah di PRU 14. Saya tak tahu sebenarnya tapi saya ditegur oleh beribu-ribu manusia.


“Siapa Naim Daniel ditahun PRU 14 pada 2 tahun yang lalu? Saya tak kenal dia tapi kalau betul dia pemenang AJL, syukurlah! Masalah saya sekarang ni kepada peminat fanatik Naim Daniel ni semua, tolong diam sebelum peguam saya ambil tindakan!


“Ini perkara yang serius kepada semua peminat fanatik Naim Daniel,” katanya kepada media.



Menerusi akaun Instagram milik Naim pula, penyanyi dan pelakon itu turut memberikan respon positif terhadap penjelasan yang dilontarkan Diva AA di sidang media tersebut.


“Salam Uncle Azwan, terima kasih atas pencerahan ini, tak mengapa jika Uncle Azwan kurang senang dengan lagu “ sumpah “ dari saya.


“Saya baru sahaja release lagu baru bertajuk “ SEMBAH “ . Harap uncle boleh dengar dan terima, insyaallah. Moga yang baik-baik untuk Uncle Azwan. Allahumma Aamiin. #sembahxnaim,” tulisnya.






SIDANG MEDIA TERGEMPAR DIVA AA BERHUBUNG KES KONTROVERSI DATO SERI VIDA


Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 11 February 2020