Expired : 18.06.18

“Saya Tak Sanggup Nak Tengok Jenazah Kerana…,”- Datuk AC Mizal Terlampau Sayang, Terkesan Pemergian Abam Bocey


Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih dan hiba atas pemergian pelakon dan pelawak, Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.


Meski reda namun memori bersama Allahyarham tetap terpahat dalam diri.


Jelas AC, hubungan bersama arwah Abam bukan sekadar persahabatan rakan selebriti di atas pentas malah lebih seperti hubungan adik-beradik.


“Dia punya keakraban tu dia bukan macam sama dia memang macam adik-beradik yang dah tak ada malu dah, terlampau akrab.


“Memang setiap tahun mereka di Maharaja Lawak Mega saya tahu masalah-masalah mereka macam mana nak dapatkan idea jadi kita dah biasa sangat sampailah saya ambil mereka buat album dan lagu raya 4U2C terbaru.


“Sebab itu susah untuk saya terima dan mak dia pun baik dengan saya sampai kita pernah sambut mak dia punya hari jadi, waktu itu di Kedah saya masih ingat lagi buat dekat warung makan kek dekat situ. Jadi memang saya anggap dia sebagai adik.


“Mereka akan sentiasa hubungi saya bila ada masalah, memang kami rapat sampai saya tak sanggup nak tengok jenazah kerana terlampau sayang,” kata AC kepada media.


Upacara pengebumian jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, pada Isnin malam.


Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.


Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.


https://www.instagram.com/tv/B8fD7lQJ2va/?igshid=9389iyik36kq