Expired : 18.06.18

“Saya Tak Suka Bertudung, Walaupun…”- Arwah Suami Puji Cantik Bila Berhijab, Wilma Muhammad Kongsi Kisah Hijrahnya

Seksi dan menggoda. Itu antara watak yang sering dipegang pelakon Wilma Mummmad satu ketika dahulu.


Popular dengan filem Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000), Wilma telah mengubah cara hidupnya untuk menjadi Muslimah sejati selepas berkahwin dengan suami, Mahir Effendi pada awal 2000


Terkini, menerusi program stesen radio Islamik, Zayan My dalam slot Kisah Inspirasi, Wilma telah berkongsi kisah penghijrahannya.


“Selepas berkahwin, saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup, mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga. 


“Saya tak suka bertudung, walaupun saya nak pergi sekolah ayah saya cakap pakailah tudung. Tapi daripada sekolah masuk universiti memang saya cakap saya tidak akan pakai tudung dan bila saya dah ada kawan-kawan, artis juga dulu mereka tahu, tak mungkin Wilma akan pakai tudung.


“Bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni dah brerubah 360 darjah. 


Wilma, 46 yang telah kehilangan suami tercinta pada awal tahun 2011 tidak memaksanya memakai tudung, sebaliknya mendidiknya untuk berbuat demikian.


“Arwah tak pernah paksa, tapi cara dia didik saya. Misalnya sewaktu melawat kubur pada raya pertama, hanya pakai selendang. Dari situ arwah suami ckp kalau pakai terus kan cantik.. dari situ terbuka hati nak pakai.


“Lagipun saya memang nak tukar cara hidup dari tersangat seksi dalam filem dan mahu dekat diri dgn Allah.


“Seminggu dua minggu selepas arwah pergi, masa tu saya tertekan.. menagis selama seminggu dalam bilik. Tapi sebab ada family, kwn2, yg membantu dan ibu mertua pun banyak bagi nasihat, ingat anak-anak dan Allah.


Dalam masa sama, Wilma juga ada bermimpi arwah.


“Mimpi arwah dtg dlm minggu kedua. Dalam mimpi itu, arwah kata ‘Abang tak mati, abang ada kat sini (sambil tujuk di dada)’. Dia yang bagi Saya kekuatan untuk bangkit. Tambahan pula, kwn2 yang ada di sekeliling dengan kasih sayang yang mereka berikan. 


Episod penuh mengenai kisah penghijrahan anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu boleh tonton saluran Zayan My di Youtube.



Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop