Expired : 18.06.18

Saya Tiada Niat Perlekeh Orang Terengganu – Maya Karin

Gara-gara memuat naik status Twitter berkaitan kanak-kanak dari Terengganu yang tidak tahu menjawab soalan asas tentang umur dalam bahasa Inggeris, pelakon Maya Karin menerima kecaman hebat di media sosial.


maya karin


Tampil memberikan penjelasan, Maya memberitahu dia tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana pihak dan secara umum hanya ingin memberikan kesedaran mengenai sistem pembelajaran bahasa Inggeris. Mutu pendidikan dan juga daya keyakinan pelajar.


Maya turut menyarankan orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa buang rasa malu untuk cuba bertutur bahasa Inggeris.


maya karin tiada niat perlekeh orang terengganu


Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal-awal mungkin berterabur bertutur bahasa lain tetapi lama-kelamaan boleh cakap dengan baik. Macam bahasa Malaysia saya.


Terdahulu, Maya berkongsi pengalaman dia bertanya tentang umur seorang pelajar dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat sebarang respon. Pelakon itu merasa terkilan apabila soalan itu hanya dijawab oleh kanak-kanak berkenaan selepas dia bertanyakan dalam bahasa Melayu.


maya karin


Memandang ia sebagai satu perkara serius, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee untuk membuat sesuatu mengenai situasi tersebut.


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop