Expired : 18.06.18

‘Saya tidak sengaja, tapi itu bukan alasan’ – Mukhriz

DATUK Mukhriz Mahathir menjelaskan insiden perbuatannya tidak bersalaman dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah sesuatu yang tidak disengajakan.


Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menjadikan kekhilafannya itu sebagai alasan kerana insiden itu sememangnya tidak patut berlaku.


Diasak pemberita mengenai insiden tersebut, Mukhriz berkata, pada masa tersebut, beliau agak tergesa-gesa kerana sedang mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.


“Tuanku Sultan (Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) sudah ke depan dan akan mulakan acara bacaan doa, jadi saya nak cepat ke sana.


“Tetapi ternampak Yang di-Pertuan Agong (di sebelah Sultan Ibrahim) jadi saya (berhenti untuk) bersalaman untuk ucap takziah….” katanya.


Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik naik laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, semalam.


Dalam penjelasannya itu, Mukhriz menegaskan, atas apa sebab sekalipun, ia tidak boleh dijadikan alasan dan beliau mengakui sepatutnya berhenti untuk bersalaman dengan Sultan Ibrahim.


“Ya tidak sengaja tetapi tak boleh gunakan (sebagai) alasan.


“Hari ini (semalam) saya mengutuskan sepucuk surat untuk memohon maaf atas kekhilafan saya… Dan saya harap baginda dapat menerima permohonan maaf saya itu,” katanya lagi.


Insiden itu berlaku ketika Mukhriz memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 23 Mei lalu.






Politik pun politik juga. Tapi kenapalah sampai hilang adab dan rasa hormat. 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop