Expired : 18.06.18

SD palsu cuba fitnah Anwar mahu jadi PM dengan segera

Akuan bersumpah yang tular dan mendakwa Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim memiliki sokongan dua pertiga untuk menjadi perdana menteri disahkan palsu.


Penafian itu dibuat oleh salah seorang pembantu Anwar kepada Malaysiakini.


Akuan bersumpah palsu bertarikh 3 Julai itu memfitnah Anwar sedang menunggu nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad.


Ia juga memfitnah Anwar dengan mendakwa beliau bersetuju presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi timbalannya.


Fitnah ini timbul sewaktu orang ramai dan media hangat terlibat dalam wacana peralihan kepimpinan negara selepas Anwar kembali aktif dalam politik sebagai anggota Parlimen Port Dickson.


Norlida Ishak Shop