Expired : 18.06.18

“Seandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” – Fizo Omar hilang arah, rumah tangga bergoncang

PELAKON dan usahawan Fizo mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya, Mawar Abdul Karim sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.


Menerusi laporan Harian Metro, Fizo, 34, berkata buat masa kini dia masih menunggu perkembangan dan tindakan seterusnya daripada pihak isterinya untuk menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapatkan nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.


“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan lanjut daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami,” katanya.



Fizo akui dia dan Mawar rumah tangga mereka berdepan dengan masalah.


Mawar, 30, menerusi laporan akhbar pada Ahad lalu memberitahu sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.


Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.


Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang.


Bagaimanapun, kedua-dua mereka memilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu.


Dalam pada itu, Fizo menafikan masalah rumah tangga yang dihadapinya berpunca daripada orang ketiga namun mengakui perkahwinannya mereka kini berdepan kemelut.



Fizo anggap apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.


Menurut Fizo, dia tidak berniat untuk menyalahkan Mawar atau membuka aib mana-mana pihak namun beranggapan apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.


“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.


“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya,” ujarnya.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.


Sumber  : Mstar


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia



Norlida Ishak Shop