Expired : 18.06.18

Sebab Apa Pesawat Singapore Airlines dari Los Angeles ke Singapura Malam Tadi Diarahkan Berpatah Balik Didedahkan

SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terbang buat kali pertama dari Los Angeles ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas kru pesawat mengesan masalah bacaan meter minyak enjin.


Pesawat itu kemudiannya kembali dibenarkan membuat penerbangan dari Los Angeles pada jam 4.41 pagi, dengan membawa sejumlah 141 penumpang. –

Pesawat SQ37 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada jam 11.24 malam waktu tempatan dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.


“Keputusan untuk berpatah balik ke Los Angeles diambil selepas 40 minit berlepas setelah kru pesawat mengesan masalah pada bacaan meter minyak enjin,” ujar jurucakap SIA kepada portal berita Channel NewsAsia.


Pesawat itu mendarat semula di Los Angeles pada jam 1.33 pagi pada Sabtu.


“Jurutera telah memeriksa pesawat dan memberitahu bahawa ia boleh dibaiki,” tambahnya.


Pesawat itu kemudiannya kembali dibenarkan membuat penerbangan dari Los Angeles pada jam 4.41 pagi, dengan membawa sejumlah 141 penumpang.


Pada Julai, SIA mengumumkan untuk melancarkan semula penerbangan tanpa henti antara Singapura dan Los Angeles, dengan pesawat Airbus A350-900ULR baharu.


Bulan lalu, Singapore Airlines juga mengembalikan laluan penerbangan komersial paling panjang di dunia, iaitu hampir 19 jam tanpa henti dari Singapura ke New York.



Yikes…


— Greg (@GMC2021) November 3, 2018



Sumber : Astro Awani


The post Sebab Apa Pesawat Singapore Airlines dari Los Angeles ke Singapura Malam Tadi Diarahkan Berpatah Balik Didedahkan appeared first on OhGebang.


Norlida Ishak Shop