Expired : 18.06.18

Sebak, Syerif Ini Hanya Mampu FaceTime Ibunya Sebelum Meninggal Akibat COVID-19



Wabak COVID-19 sehingga kini menjangkiti lebih sejuta manusia di seluruh dunia. Pandemik yang bermula di Wuhan, China itu kini meledak di Amerika Syarikat (AS) dengan peningkatan angka korban yang tinggi.



Di seluruh dunia, jenazah korban COVID-19 hanya boleh diuruskan oleh pihak hospital bagi mencegah jangkitan menular sewaktu pengebumian. Jika masih di ICU, ahli keluarga tidak dibenarkan berhubung kecuali dengan ehsan petugas frontliners dengan membuat panggilan video.




Dalam satu perkongsian menusuk hati di saluran CNN, perkongsian syerif wanita bernama Michelle Bannett dengan penyampai berita Brooke Baldwin pada Isnin lepas, membuat ramai penonton menitiskan air mata.


Wanita tersebut baru saja kehilangan ibu tersayang, Carolann Christine Gann, 75, akibat wabak COVID-19.“Tak terdaya hati ini melihat wajah ibu yang sedang nazak. Saya amat terkilan kerana sebagai anak, saya tak mampu berada di sisinya, genggam jari-jemari dan usap dahi ibu buat kali terakhir,” kata Bannett menahan sebak.


Tak kira sesiapa, hatta jika anda Major Michelle Bannett dan berjawatan King County Sheriff sekali pun, pasti menangis apabila berhadapan situasi ini.


Mujurlah keprihatinan seorang jururawat dari Hospital Washington membenarkan Bannett menatap wajah ibu kesayangannya sebelum meninggal dunia. Jururawat yang baik hati itu menelefon Bannett bagi memaklumkan bunyi nafas ibunya yang semakin kencang dan berkemungkinan tidak akan hidup lama.



Dengan menggunakan aplikasi panggilan video FaceTime, Bannett menatap wajah ibunya yang separa sedar. “I forgive you mom, I love you. I know I didn’t get a chance to say it,” ucap Bannett sambil menjelaskan hubungan mereka berdua agak dingin sebelum ini.


“Tak mengapa ibu. It’s OK to pass on. It’s OK to go now.


Dan sejam kemudian, ibu Bannett menghembuskan nafas terakhir di sisi jururawat baik hati tadi.


Jururawat yang tidak didedahkan identiti tersebut berkata, “Saya tahu ini adalah masa-masa sukar untuk keluarga mangsa. Sukar saya bayangkan menjadi petugas barisan depan dengan risiko terbesar dijangkiti virus COVID-19 tapi tetap punya sifat belas kasihan yang tinggi terhadap pesakit.


Saya melihat keadaan tadi seperti berada di sisi ibu sendiri. Dapat melihat anak-anak menemani orang tua mereka buat kali terakhir sudah cukup menyentuh perasaan saya,” katanya. Sumber: CNN