Expired : 18.06.18

“Secara Peribadi Saya Tak Serasi Pun Dengan Dia” – Gong Yoo Komen Hubungan Dengan Jung Yu Mi







Atas







Mya Amri



Hiburan

“Secara Peribadi Saya Tak Serasi Pun Dengan Dia” – Gong Yoo Komen Hubungan Dengan Jung Yu Mi
Pelakon terkenal Korea, Gong Yoo akui tidak serasi dengan aktres Jung Yu Mi.
 
Menurut Gong Yoo, personaliti mereka agak berbeza dan hanya serasi apabila digandingkan bersama dalam filem.
 
“Secara peribadinya kami berdua sangat tidak serasi. Kami hanya serasi apabila bergandingan sebagai rakan sekerja dalam sesebuah karya.
 
“Rasanya disebabkan ketidakserasian ini lah yang membuatkan kami berdua mampu bertahan sebagai sahabat hingga ke hari ini,” katanya.
 
Gong Yoo berkata demikian dalam satu temubual bersama KBS sempena mempromosikan filem terbaru mereka berjudul ‘Kim Ji Young, Born in 82’ baru-baru ini.
 
Terdahulu, disebabkan keakraban mereka, Gong Yoo dan Yu Mi juga pernah digosipkan bercinta sehingga dikhabarkan bakal berkahwin.
 
Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
 




Artikel Berkaitan





TERKINI



POPULAR






Norlida Ishak Shop