Expired : 18.06.18

‘Secara teknikal saya masih MB’


JOHOR BAHRU, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Datuk Osman Sapian dijangka menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada pagi esok berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor.


Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman kepada Bernama hari ini.


Sementara itu, Osman ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sebuah restoran di sini, berkata dari segi teknikal beliau masih Menteri Besar Johor.


“Secara teknikalnya saya masih menteri besar. Tunggulah selepas saya menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” katanya.


Ditanya mengenai penggantinya, Osman yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman yang berkuat kuasa 8 April.


Bagaimanapun dilaporkan peletakan jawatan Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas belum diperkenan oleh Sultan Ibrahim yang berada di luar negara.


Osman, 67, Menteri Besar Johor ke-16 dipercayai menteri besar paling singkat tempoh perkhidmatannya, kurang daripada 11 bulan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


The post ‘Secara teknikal saya masih MB’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop