Expired : 18.06.18

“Sederhana Tapi Penuh Makna,” – Diiringi Selawat Nabi, Izreen Azminda Anjur Majlis Tahnik & Aqiqah Buat Bayi Sulungnya Sama Ude Wahid

Lebih sebulan melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon Izreen Azminda difahamkan telah menganjurkan majlis tahnik dan akikah untuk permata hati pertamanya bersama suami, pemuzik Ude Wahid.


Menerusi Instagram, bintang filem Pak Pong itu ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan suaminya memangku bayi lelaki yang diberi nama bayi Aaron Ibrahim itu.



“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh makna,” tulisnya yang turut berkongsi video selawat nabi.



Pada masa sama, Izreen ada memuat naik dia keping foto pelaminan bayi khas buat majlis berkenaan.




Foto: Instagram Izreen Azminda


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop