Expired : 18.06.18

Sedondon Putih, Meriahnya Majlis Akikah Anak Mia Ahmad & Izham Tarmizi




Rozaimi Zubaidi



Hiburan

Sedondon Putih, Meriahnya Majlis Akikah Anak Mia Ahmad & Izham Tarmizi
Pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi telah telah mengadakan majlis akikah buat anak sulung mereka, Sayf Issa baru-baru ini.

Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi oleh Mia di laman sosial Instagram (IG) miliknya.

"All praises to Allah. Alhamdulillah. #izhaMiaIssa #issaaqiqah #eidadha," tulisnya."

Mia dan suaminya kelihatan manis sedondon memakai baju kurung dan baju Melayu berona putih.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekat mereka yang dilangsungkan di Marang, Terengganu.

Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Sayf Issa dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak dan melahirkan anaknya pada  28 September 2018.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis yang berlangsung:
 








Norlida Ishak Shop