Expired : 18.06.18

Seiras pelakon ‘Game of Thrones’, pelayan ini tiba-tiba jadi selebriti

Pelayan warga Pakistan, Rozi Khan tidak pernah mendengar ‘Game of Thrones’ atau watak amat popularnya, Tyrion Lannister, sehinggalah kesamaan ketara pelakon kerdil antiwira itu mendapat perhatian peminat tanah air.


Kemiripan pemuda berusia 25 tahun itu dengan aktor Peter Dinklage, yang memegang watak bangsawan pintar dan licik sejak musim pertama siri terkenal pada 2011, sehingga beliau kerap ditahan individu tidak dikenali terdesak mengambil gambar.


“Saya tidak kisah. Banyak gambar saya sudah diambil, sebab itulah mengapa saya menjadi amat terkenal di mana-mana,” katanya.


Bukan sahaja wajah Khan dan Dinklage amat serupa, mereka juga memiliki ketinggian sama sekitar 135 sentimeter.


Mengejutkan, gambar kedua-duanya dipaparkan di media sosial menunjukkan wajah pelakon dan warga Pakistan itu sebelah menyebelah.


“Ke mana sahaja saya pergi, seseorang berkata kepada saya: ‘Tuan, siapa lelaki bersama anda dalam Facebook? Saya berkata, beliau rakan saya. Beliau kelihatan seperti anda. Saya memberitahu mereka, beliau saudara lelaki saya. Ia bukan perkara buruk,” kata Khan.


Siri televisyen itu menang 47 anugerah Emmy, lebih banyak berbanding rancangan fiksyen lain dalam sejarah bersama anugerah Golden Globe untuk Dinklage, 49, untuk pelakon pembantu terbaik pada 2012.


Khan bekerja di sebuah restoran kecil Kashmir di kawasan sempit di sini, menghidangkan pelanggan lauk mengenyangkan seperti daging kambing dan kari bayam.


Pemilik restoran, Malik Aslam Pervez menyifatkan pelayan itu seorang pekerja rajin dan turut menarik pelanggan ke premisnya.


Lahir di Mansehra di utara Pakistan, Khan berkata, beliau gembira jika dapat bertemu Dinklage, menganggapnya sebagai rakan dan abang. -AFP


The post Seiras pelakon ‘Game of Thrones’, pelayan ini tiba-tiba jadi selebriti appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop