Expired : 18.06.18

"Sejak Muda Lagi, Saya Memang Ada Masalah..." - Aishah




Asraf Aided



Hiburan


Penyanyi dan juara pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah mendedahkan dia sering mengalami masalah suara yang terlampau nyaring ketika menyanyi.

Menurut Aishah, masalah itu dialaminya sejak zaman mudanya hingga sekarang.

"Sebenarnya, sejak muda lagi, saya memang ada masalah suara yang terlampau nyaring ketika menyanyi terutamanya ketika membuat rakaman di studio.

"Saya jarang menceritakan perkara ini kepada orang ramai, tapi itulah perkara sebenar.

"Namun begitu, saya lebih selesa untuk menyanyi secara langsung, I think sound better when performing live," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.

Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.


Norlida Ishak Shop