Expired : 18.06.18

Sejak Tahun 1989 : 30 tahun istiqamah mengajar hingga akhir hayat

Hari ini 2 Februari 2019 saya dikejutkan dengan kematian seorang warga guru PASTI Kedah, Kak Razi (Cikgu Raziah Binti Ahmad) 54 Tahun, Seorang Guru PASTI yang mengajar di PASTI Al Ansor Tanah Merah Pendang.


Kak Razi meninggal akibat tekanan darah tinggi dan pendarahan di otak.


Saya berbual dengan suami arwah ketika ziarah.Katanya” dah banyak kali nasihat,kurangkan kerja,banyakkan rehat,sampai pukul 2,3 pagi masih bekerja untuk jemaah” Siang bergiat aktif engan PASTI, juga sebagai Setiausaha Muslimat PAS Cawangan, malam sambung pula mengajar Al Quran.


Kegigihan Kak Razi dengan jemaah, dengan PASTI tanpa menghiraukan penat lelah, sehingga ke akhir hayat bukan 5 tahun, bukan 10 tahun, tapi 30 tahun !!



Saya sebak memikirkan apa rahsia Kak Razi Istiqamah sepanjang tempoh 30 Tahun itu? saya harap kisahnya menjadi azimat buat saya.


Bila kita mengaku kita berjuang fi sabilillah, Allah datangkan ujian untuk menguji setahan mana kita istiqamah, Ujian dalam bentuk jawatan, harta, masalah organisasi dan pelbagai lagi bentuk ujian,hanya mereka yang ikhlas,tekun dan kuat aqidah perjuangan sahaja dapat bertahan istiqamah!


Semoga motivasi dari kisah Kak Razi menjadi inspirasi dan azimat buat Ansorullah disepanjang Zaman.


Al Fatihah Kepada Allahyarhamah Cikgu Raziah Binti Ahmad.Semoga Allah ampunkan beliau dan ditempatkan dikalangan orang menang dan beriman.



Ustaz Nurul Amin Hamid

Pengarah PASTI Kedah


The post Sejak Tahun 1989 : 30 tahun istiqamah mengajar hingga akhir hayat appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop