Expired : 18.06.18

“Sekarang Dah Ada 3 Anak Dara,”- Azad Jazmin Hidup Harmoni Dengan Isteri, Throwback Foto 9 Tahun Dulu


Sudah melayari bahtera perkahwinan selama sembilan tahun, pelakon dan pengacara Azad Jazmin memuat naik gambar throwback selepas pernikahan.


Malah, kelihatan juga inai masih merah di jari Eira Syazira, Azad bersyukur kerana kehidupannya kini semakin bahagia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.


“Throwback. Masa mula2 nikah 9years back. How fast time flies. Now dah ada 3 anak dara but still rasa mcm zaman kami dok sakan bercinta dulu. Alhamdulillah,” tulis Azad.




Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat.






Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 16 September 2011  dan dikurniakan tiga orang anak, Amarra Sofea Rose,4, Ameisya Leann Rose,2 dan Areisya Suri Rose, 1 tahun 8 bulan.


Foto : Instagram Azad Jazmin


Norlida Ishak Shop