Expired : 18.06.18

Sekolah Di Kedah Ini Gunakan Sistem Pengecaman Wajah Untuk Elakkan Pelajar Ponteng Kelas

Teknologi benar-benar memudahkan. Melalui teknologi yang bermacam inilah dapat memudahkan tugas seharian serta dapat menjimatkan banyak masa.


Terbaharu, sekolah SMK Tunku Abdul Aziz mendapat perhatian ramai apabila dilaporkan menggunakan ‘Facial Recognition System’ atau peranti imbasan wajah untuk merekodkan kedatangan pelajar-pelajarnya. Sekolah tersebut adalah yang pertama menggunakan sistem ini bermula 27 Ogos lalu.



f4b2


Menerusi sistem ini, kehadiran pelajar dapat direkodkan secara tepat serta mampu membantu mengurangkan penggunaan kertas yang dianggap sudah tidak relevan lagi. Jika dilihat pada keseluruhannya, sekolah ini telah pun mempunyai lima peranti eletronik untuk merekodkan kehadiran pelajar iaitu empat imbasan cap jari dan satu peranti imbasan wajah.


Cara-cara penggunaannya juga sangat mudah dan efektif dimana pelajar hanya perlu berdiri di hadapan peranti tersebut dan ia akan mengesan wajah mereka dan direkodkan terus ke dalam sistem.


Menurut pengetua sekolah ini, penggunaan peranti tersebut telah berjaya mengurangkan masalah pelajar ponteng sekolah. Selain itu, peranti ini berhubung terus dengan aplikasi ‘Pepatih MySekolah’ satu aplikasi merekod kehadiran dan masalah disiplin pelajar.


Kecanggihan sekolah ini yang menggunakan teknologi baharu bukan sahaja dilaporkan di media massa. Ia turut viral di media sosial. Ramai netizen berkongsi pandangan mereka mengenai aplikasi ini. Malah, rata-ratanya setuju penggunaan aplikasi canggih ini memudahkan ibu bapa untuk memantau kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.



Yang penting mulakan dulu, pioneer. In sya Allah bila banyak sekolah yang guna nanti, system dan maintenance boleh diperbaiki lagi. Walau ada pro & cons, kita fikir positif je.


— محمد فهامي (@fahamingatmi) September 8, 2019




Terbaik


Norlida Ishak Shop