Expired : 18.06.18

Selamat Hari Pekerja


Panduan Islam tentang pekerjaan dapat dipelajari menerusi hadis Baginda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti.”


(Riwayat al-Baihaqi).


Pekerjaan adalah satu wadah untuk memberi kebaikan kepada orang lain dan bukan sekadar untuk mendapat gaji semata-mata.


Ia juga adalah ladang untuk memperoleh ganjaran pahala jika benar-benar dilakukan menurut jalan yang diredhai Allah SWT.


Di kesempatan ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia walau di mana pun anda berada.


Semoga setiap lelah dalam berbakti untuk masyarakat dan negara dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.


“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”


DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU


The post Selamat Hari Pekerja appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).