Expired : 18.06.18

Selamat Hari Polis Daripada PAS Kawasan Titiwangsa


Tugasan Polis bukan sahaja sebagai ‘frontliner’ di musim Covid-19. Malah, mereka sememangnya telah banyak berkorban nyawa, masa dan tenaga dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.


PAS Kawasan Titiwangsa sentiasa prihatin atas segala pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan oleh pihak polis.


Oleh itu, PAS Kawasan Titiwangsa sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat menjalankan tugas. Ganjaran daripada Allah sentiasa melimpah untuk anda.


Islam Memimpin Perpaduan


HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP

Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa.

25 Mac 2020 |

30 Rajab 1441H


#IslamMemimpinPerpaduan

#SelamatHariPolis

#Covid19

#StayAtHome

#DudukDiRumah

#MalaysiaSejahtera

#pastitiwangsa


The post Selamat Hari Polis Daripada PAS Kawasan Titiwangsa appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).