Expired : 18.06.18

Selamat tinggal 'King', Azhar Sulaiman sebak kucing peliharaan mati (VIDEO)

Kucing peliharaan pelakon Azhar Sulaiman yang dinamai 'King' mati dua hari lalu. — Foto ihsan Instagram/Azhar Sulaiman
Kucing peliharaan pelakon Azhar Sulaiman yang dinamai 'King' mati dua hari lalu. — Foto ihsan Instagram/Azhar Sulaiman

KUALA LUMPUR,  10 Okt — Pelakon Azhar Sulaiman mengabadikan video kenang-kenangan kematian kucing kesayangannya dua hari lalu di sebuah hospital veterinar.

Menangisi kematian “King”, haiwan peliharaan itu dilihat ditatang bagai “minyak yang penuh”, dibawa berjalan-jalan dengan kereta, dimandikan dan dibelai bagai anak.


Namun, kucing tersebut dimasukkan ke unit rawatan rapi dua hari lalu, berdasarkan beberapa siri gambar yang dimuat naik di Instagram artis itu.


Dalam video yang dimuat naik empat hari lalu, pelakon filem Abang 92 memaklumkan beliau mahu membawanya ke hopsital kerana mulut “King” berdarah.


“Mungkin gigi atau gusinya berdarah. Jadi dia tak makan sejak semalam,” kata Azhar dalam video itu. Beberapa foto juga menunjukkan “King” terbaring dan kakinya cedera.




Dua hari lalu, Azhar memuat naik satu klip video lagi mengumumkan kematian kucingnya tanpa memberi sebab jelas dan beliau hanya meminta maaf “tidak menjaga King dengan baik”.


“Saya akan merindui kamu yang setia menungguku pulang dari kerja setiap hari. Saya akan merindui kamu bawa jalan jalan naik kereta and motor King,” tulis Azhar.


“Kami amat merindui kamu yang menjadi sebahagian keluarga kamu. Terima kasih kerana menyayangi kami di sini... Tenanglah di sana.”


Siri-siri gambar dalam video itu menunjukkan kucing itu sangat manja dan sering menemani Azhar dan keluarganya di mana dan ke mana sahaja mereka pergi.


Video kematian kucing yang ditanam di halaman rumah Azhar ditonton lebih 23,000 sejak kelmarin dan ramai pengunjung bersimpati dengan khabar sedih itu.


Nana Hussein: Selamat tinggal King... Rehatlah. Jika kamu jumpa Tigger, beritahu ibunya sengat merinduinya. Bertabahlah abang Azhar Sulaiman .. 


Skyzid: Mesti ada hikmahnya... Bertabah la.


Norlida Ishak Shop