Expired : 18.06.18

Selangor haramkan straw plastik mulai Januari depan


SHAH ALAM, 29 Safar 1440H, Rabu – Bermula awal tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Selangor tidak lagi dibenar menggunakan penyedut minuman plastik.


Ini berikutan langkah Kerajaan Selangor yang akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman jenis itu di semua premis kedai dan restoran menjelang Januari tahun hadapan.


Exco Alam Sekitar, Teknokogi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, peraturan itu akan dilaksanakan bagi memelihara pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada penggunaan barangan plastik.


“Pengusaha restoran dan kedai tidak dibenarkan lagi menyediakan penyedut minuman plastik dan pelanggan hanya boleh menggunakannya dengan membuat permintaan di kaunter,” katanya ketika Majlis Anugerah Kempen #Bebasplastik 2018 hari ini.


Selangor adalah negeri kedua yang bakal mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik, apabila pada September lalu, Kementerian Wilayah memaklumkan akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan.


Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.


“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara. Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.



The post Selangor haramkan straw plastik mulai Januari depan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop