Expired : 18.06.18

Selangor komited perangi kilang plastik haram

Selangor komited untuk mencapai sasaran kilang plastik hram sifar menjelang Julai 2019.


Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan pengusaha kilang-kilang berkenaan.


Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) boleh mengheret mereka ke mahkamah sekiranya didapati melanggar akta sedia ada.


“Kebanyakkan kilang ini beroperasi pada waktu malam mengakibatkan bunyi bising mengganggu penduduk setempat selain pencemaran bau plastik,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan Operasi Bersepadu Kilang Plastik Haram di Kawasan Perindustrian Telok Gong, Klang.


Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han yang turut sama menyertai operasi berkata, kerjasama penyedia pembekal kemudahan elektrik dan air sangat penting dalam operasi berkenaan.


“Daripada pengalaman kita, sekiranya kita mahu pastikan kilang seperti ini ditutup daripada beroperasi setelah diberikan notis, kaedah terbaik adalah memotong bekalan air dan elektrik.


“Saya akan berjumpa dengan Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk memotong bekalan selepas menerima aduan atau permohonan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.


Katanya, setakat ini terdapat 41 buah kilang memproses sisa kitar semula plastik haram di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan 10 daripadanya sudah disita.


Norlida Ishak Shop