Expired : 18.06.18

Selangor ungguli sasaran pelaburan 2017

Selangor berjaya mencatatkan pelaburan sebanyak RM8.25 bilion sehingga September 2017 – sekaligus melangkaui sasaran awal sebanyak RM5.59 bilion.


Kejayaan negeri termaju di Malaysia yang dikemudi KEADILAN itu diumumkan Menteri Besar, Amirudin Shari menerusi akaun Facebook beliau.


“Selangor terus kekal cemerlang sebagai destinasi pelaburan paling popular di Malaysia dengan 143 projek sudah diluluskan.


“Kestabilan dan kewibawaankerajaan negeri dalam melaksanakan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan cekap menjadi pemangkin kepada pelaburan domestik serta antarabangsa,” katanya.


Berdasarkan statistik rasmi negeri, 30 peratus pelaburan dari luar di Selangor disumbangkan negara Jepun sementara Amerika Syarikat menduduki tangga kedua dengan menyumbangkan sebanyak 19 peratus.


Dengan jumlah penduduk seramai 6.3 juta orang setakat 2016, Selangor menghasilkan sebanyak 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Norlida Ishak Shop