Expired : 18.06.18

Selebriti ‘Law of Jungle’ Ini Mungkin Dikenakan Hukuman Penjara Akibat Mengganggu Hidupan Laut

Peminat siri dokumentari Korea Selatan, Law of Jungle pasti mengenali salah seorang personaliti dalam rancangan tersebut, Lee Yeol Eum. Baru-baru ini menerusi sebuah episod, Lee Yeol Eum mungkin berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun di Thailand akibat tidak peka dengan undang-undang ekosistem laut Thailand.


Sekadar info, Law of Jungle ialah sebuah program dokumentari yang memerlukan kebolehan survival sekumpulan selebriti di sebuah kawasan terpencil di seluruh pelusuk dunia. Selebriti dikehendaki untuk menggunakan sumber setempat untuk kelangsungan hidup dalam tempoh yang ditetapkan. Dokumentari ini pernah dijalankan di Sabah pada tahun lepas untuk episod ‘Amazon of Asia’.


law of jungle


Pada episod ‘Law of Jungle in Lost Island’ di Thailand bulan lalu, Lee Yeol Eum didapati mengganggu spesies kerang terancam. Pada episod yang disiarkan pada 30 Jun pula, dapat dilihat dengan jelas para selebriti menjadikan kerang tersebut sebagai salah satu hidangan makan malam.


Menurut Pengurus Taman Negara Hat Mai, Narong Kongeiad, seluruh kru produksi telah diberitahu mengenai peraturan tersebut dan keadaan menjadi semakin teruk selepas mereka menerima aduan daripada orang ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan selebriti tersebut. 3 Julai lalu, pihak produksi telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan mereka.


LEECORAL


Berikutan dengan desakan orang ramai dan campur tangan pihak berkuasa, Narong terpaksa membuat 2 laporan yang mungkin memaksa selebriti tersebut berhadapan dengan penjara 5 tahun di bawah undang-undang Taman Negara atau 4 tahun penjara di bawah undang-undang Perlindungan Hidupan Liar serta denda sebanyak RM2,600.


LEELAWOFJUNGLE


Setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thailand berkenaan denda yang mungkin dikenakan kepada selebriti tersebut. Insiden ini harus diambil sebagai iktibar kepada orang ramai untuk lebih peka dan menghormati undang-undang di sesebuah negara yang dilawati.




Norlida Ishak Shop