Expired : 18.06.18

Selepas cerai, Fizo Omar umum tutup restoran Fizomawar Kitchen

Fizo Omar mengumumkan penutupan restoran FizoMawar Kitchen (FMK) di Bangi, Selangor dan Kota Baru, Kelantan selepas empat tahun operasi. — Foto ihsan Facebook/Fizo Omar
Fizo Omar mengumumkan penutupan restoran FizoMawar Kitchen (FMK) di Bangi, Selangor dan Kota Baru, Kelantan selepas empat tahun operasi. — Foto ihsan Facebook/Fizo Omar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Pelakon Fizo Omar mengumumkan penutupan restoran FizoMawar Kitchen (FMK) di Bangi, Selangor dan Kota Baru, Kelantan selepas empat tahun operasi.


Fizo, nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata keputusan dibuat bersama bekas isteri Mawar Abdul Karim, 30, untuk menamatkan operasi pada 27 Oktober ini.


“FMK buka pada 2015 dan itu hadiah saya pada Mawar dan emak saya. Kebanyakan makanan yang disediakan adalah makanan kegemaran Mawar dan emak.


“Saya sendiri belajar dan cari makanan di Thailand. Balik kita ajar ‘team’ (staf restoran) dan emak saya ajar saya masak sebab emak saya orang Thailand, itulah terhasilnya FMK,” katanya dalam video Fizo Omar Channel.


Pelakon filem Romeo Kota itu berkata selepas ini dirinya mahu fokus kepada perniagaan sendiri dalam pengurusan acara, penasihat pemasaran dan media sosial.


Sementara Mawar, katanya akan meneruskan perniagaan tudung Fareeda.


“Banyak kenangan, usaha, wang ringgit yang dilaburkan (tapi) mungkin itulah yang terbaik,” katanya.


“Maaf pada semua pelanggan kami yang setia dengan kami. Saya tahu ramai yang terkejut, ada yang tidak boleh terima kenyataan.”


Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.


Mereka berkahwin pada 2013 dan mendapat seorang anak perempuan Wan Maryam.


Norlida Ishak Shop