Expired : 18.06.18

Selepas dimaki usahawan muda, Syed Saddiq jelaskan isu promosi Hausboom

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama minuman Hausboom seperti foto yang dimuatkan di akaun media sosialnya.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama minuman Hausboom seperti foto yang dimuatkan di akaun media sosialnya.

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Menteri belia dan sukan menjadi sasaran cacian pemilik jenama yang sedang meningkat Hausboom dengan alasan gagal mempromosi seperti dijanjikan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau membawa minuman itu ke kabinet dan bertemu Tan Sri Vincent Tan untuk membolehkannya dijual di rangkaian 7-Eleven milik ahli perniagaan itu.


“Sesen pun saya tidak terima. Kredit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh jawatankuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda,” katanya di Twitter.


Beliau menjawab kecaman Azri Zahier Azmi, pengasas dan pemilik Hausboom, yang mendakwa ditipu oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang tidak menunaikan janji.


Beliau mendakwa walaupun minumannya diletakkan di atas meja kabinet tetapi profil perniagaan tidak dibaca dan keluarannya tidak dimuatkan di Instagram menteri itu seperti dijanjikan.


Menggunakan perkata makian terhadap Syed Saddiq, Azri juga mendakwa seorang lagi usahawan juga merungut mendapat layanan yang sama daripada menteri berkenaan.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop