Expired : 18.06.18

Selepas insiden rusuhan yang berlaku di Kuil, Najib Razak Tiba2 Kongsi Satu Video Klip Yang Lama Dia Tidak Dengar Dan Dia Dapat Dari Whatsapp

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kecewa terhadap insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya.


“Saya berasa kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman. Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku konfrontasi melampaui batas undang-undang atau tindakan keganasan sebegini.


“Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.


“Kita cari penyelesaian yang baik sentiasa dan berpihak kepada rakyat,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya.


Najib berkata, beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci dan Ahli Parlimen Pekan itu turut mendoakan agar keputusan memihak kepada rakyat nanti.


“Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa – yang hari ini (pihak berkuasa) di tangan dan kawalan mereka.


“Tindakan segera dan amaran tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara,” katanya.


Dalam pada itu, Najib menyeru kepada semua pihak untuk bertenang serta memelihara keharmonian negara dan perpaduan kaum. “Jangan musnahkan apa yang kita telah bina sejak sekian lama. Malaysia ini tanah air kita semua,” katanya. Sumber : BHARIAN ONLINE


VIDEO KLIP YANG NAJIB RAZAK TERIMA DARI WHATSAPP. DALAM MAKNANYA ..


Bekas Perdana Menteri Malaysia kongsikan satu status dan beliau memuatnaik satu video klip lagu patriotik ke Facebook rasmi beliau.


“Saya perhatikan klip video lagu ini tiba-tiba disebar semula melalui WhatsApp pagi ini. Agak lama tak dengar.”



Hari ini juga Najib Razak memuat naik satu status Facebook yang agak pendek.



Makna sebenar status tersebut belum dapat dipastikan samada ini ada kaitan dengan rusuhan di kuil ataupun tidak.


sumber: klviral


Rusuhan kuil Sri Maha Mariamman bukan isu perkauman – PM



PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, sebaliknya ia berkaitan pemindahan kuil.


Perdana Menteri berkata, polis sudah diarahkan untuk mengambil tindakan lanjut kerana ia berkaitan jenayah selain menangani serta mengawal situasi berkenaan dengan segera.


Menurutnya, beliau sudah dimaklumkan oleh polis mengenai perkembangan terkini siasatan kejadian berkenaan.


“Saya mengikuti perkembangan yang berlaku membabitkan kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya pada Isnin lalu.


“Amat jelas dari siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang membabitkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, kerajaan kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil selain mencederakan anggota pasukan keselamatan serta anggota penyelamat dalam rusuhan itu.


Dr Mahathir berkata, penjenayah yang melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk merosakkan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.


“Dalang di sebalik kejadian ini tidak akan terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.


“Kerajaan juga ingin menasihati orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin serta tidak menyebarkan mesej tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media sosial,” katanya.


Katanya, beliau menegaskan bahawa kejadian berkenaan sebagai insiden jenayah dan tiada kaitan sama sekali dengan unsur-unsur lain.


Dalam kejadian rusuhan terbaru awal pagi tadi, seorang anggota bomba cedera parah selepas dibelasah kumpulan perusuh.


Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya kerana patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman.


sumber: bharian


Norlida Ishak Shop