Expired : 18.06.18

Selepas Samsung, Huawei Pula ‘Kantoi’ Mengiklankan Produk Menggunakan iPhone

Nampaknya sudah menjadi trend dan kebiasaan buat jenama lain menggunakan telefon pintar lain untuk mempromosikannya. Jika sebelum ini Samsung pernah kantoi dalam mempromosikan Samsung Galaxy Note 9 menggunakan iPhone, kini giliran Huawei pula.


Kesilapan yang dibuat ini berjaya ditemui oleh YouTuber terkenal iaitu MKBHD dimana Huawei telah membuat ucapan tahun baru menggunakan Apple iPhone yang sekaligus diketahui umum melalui Twitter.



That was fast pic.twitter.com/y6k0FJF7Gq


— Marques Brownlee (@MKBHD) January 1, 2019



Setakat artikel ini ditulis, Huawei masih lagi belum memadam tweet yang dihasilkan melalui Apple iPhone.


Untuk pengetahuan anda, masalah melibatkan kesilapan seperti ini bukan sahaja berlaku di negara luar. Sebelum ini, Celcom pernah ‘mempromosikan’ telco U-Mobile didalam iklan mereka.


#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.


Baca lagi: Duta Samsung Rusia Disaman Kerana Menggunakan Apple iPhone


Norlida Ishak Shop