Expired : 18.06.18

Selepas Seminggu di ICU, Pemandu Ambulans Dedah Kejadian Sebenar Dan Ini Yang Terjadi Padanya Ketika Menyelamatkan 30 Nyawa

“ Saya terasa badan amat berat, namun teruskan usaha menghantar pesakit terutama pelajar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebelum akhirnya rebah dan tidak sedarkan diri,” kata Mohd Fariz Anuar, 43.


Beliau adalah pemandu ambulans yang kritikal selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang sakit akibat pencemaran Sungai Kim Kim, 7 Mac lalu.


Menurutnya, sebelum rebah dia sudah dua kali berulang alik ke sekolah dan HSI untuk menghantar murid dan pelajar terbabit mendapatkan rawatan dan ketika kali ketiga iaitu mahu menghantar pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), dia tidak dapat bertahan lagi.



Rebah di pintu wad kecemasan


“ Saya rebah di pintu masuk wad kecemasan HSI selepas berulang alik sejauh kira-kira 42 kilometer dari lokasi kejadian ke HSI.


“ Ketika penghantaran terakhir, saya terasa diri amat berat namun cuba gagahkan diri hingga ke hospital dan membantu pesakit.


“ Selesai menurunkan pesakit, saya tidak boleh lagi melawan kesakitan akibat pencemaran dan terus pengsan. Saya tidak sedarkan diri selama empat hari dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum sedar pada hari kelima ketika dirawat di wad biasa.


“ Akibat kejadian itu saya terpaksa mendapatkan rawatan di HSI selama sembilan hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat dengan cuti sakit tamat pada 24 Mac ini,” katanya


Mohd Fariz berkata demikian ketika diziarahi Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Dr Azhar Yahya di rumah ibu saudaranya di Kampung Paya, Kluang, hari ini.


Tambah beliau lagi, sejak bertugas sebagai pemandu ambulans selama 24 tahun, dia tidak pernah cedera ketika memberikan bantuan.


Ingatkan kes keracunan makanan, rupanya malapeta besar


Menurutnya, ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia pada mulanya beranggapan ia kes keracunan makanan.


“ Pada mulanya kami beranggapan ia kes keracunan makanan sebaliknya bagaikan malapetaka terbesar kepada penduduk Pasir Gudang.


“ Saya bersyukur berkat doa semua rakyat Johor, saya kembali sihat walaupun selama empat hari berada di ambang kematian.


“ Insya-Allah, saya yakin boleh kembali bertugas seperti biasa tidak lama lagi.


“Saya berharap pihak berkuasa mengambil masa untuk menjalankan siasatan bagi memastikan dalang kejadian itu tidak terlepas dari hukuman,” katanya.


Wira 30 nyawa


Terdahulu, pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, yang dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.


Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.


Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.


Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.


“ Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.


Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.


Dah pakai penutup hidung tapi masih kena


“ Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.


Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.


“ Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.


“ Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.


Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.


“ Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.


“ Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose


Sumber : hmetro


Norlida Ishak Shop