Expired : 18.06.18

Selepas Teruk Dikecam Kerana Tayang Aset Tembam Seperti Tidak Pakai Seluar, Akhirnya Janna Nick Bersuara

Aktress kesayangan ramai, Janna Nick telah diumumkan menjadi pengacara baru bagi segmen Melodi yang ditayangkan pada setiap hujung minggu melalui saluran TV3. Dia muncul dengan mengenakan seluar yang sedikit sendat bagi mengacarakan segmen tersebut pada ahad lalu. Kesannya, dia dikecam hebat oleh segelintir peminat namun tidak kurang juga yang menasihatinya agar tidak berpakaian mencolok mata selepas ini.


Terbaru, Janna Nick memuatnaik dua video melalui instastoriesnya bagi menjelaskan perkara tersebut dan memohon maaf kepada peminat.


Dia meminta pembantu peribadinya untuk menjelaskan perkara tersebut. Janna Nick mengakui bahawa dia tidak boleh memakai seluar skinny tersebut dan telah memilih seluar lain yang lebih sopan. Namun pembantunya tenang menjawab bahawa seluar skinny tersebut lebih berpadanan dengan penampilannya pada waktu itu.



Bagaimanapun, Janna Nick mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada semua peminat. Dia juga akan mencuba untuk mengelakkan pemakaian sebegitu dikemudian hari. Apa-apa pun admin pasti Janna Nick akan lebih berhati-hati selepas ini dan mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku.


SUMBER : OH BULAN


Sengaja Atau Tidak Sengaja, Janna Nick Seperti Sudah Agak Akan Dikecam Teruk ..



Gara-gara memakai Skinny, pelakon serta pengacara program Melodi, Janna Nick telah menerima kecaman hebat daripada peminatnya.



Rata-rata peminat Janna berkata mereka agak kecewa dan tidak suka artis kegemaran mereka memakai seluar yang terlalu ketat seperti apa yang dipakainya ketika mengacara di dalam program Melodi.




 


Walaubagaimanapun, di dalam Insta Stories miliknya, Janna meminta pembantu perubadinya itu menjelaskan apa yang terjadi.

Malah, Janna turut memberitahu dia seakan boleh meramalkan apakan reaksi peminat-peminatnya apabila melihat dirinya mengenakan seluar itu.


Namun pembantunya itu hanya mampu menjawab dengan tenang dan menjelaskan dia terpaksa meminta Janna tukar dan memakai seluar itu kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan pakaian yang dikenakan Janna.



Dalam pada itu, Janna turut meminta maaf kepada semua peminatnya dan menerima setiap teguran yang diberikan padanya. Malah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini lagi.



Sumber:MH


Mirip Izara Aishah, Ibu Janna Nick Jadi Perhatian


Pelakon dan pengacara Janna Nick boleh dikatakan masih baru dalam industri hiburan tanah air. Namun, Janna Nick kini setanding pelakon hebat yang lain.


Di usia 21 tahun, Janna Nick juga sudah memiliki rumahnya sendiri. Memang satu pencapaian yang hebat buat pendatang baru dalam industri.


Baru-baru ini, Janna Nick memuat naik video sambutan kelahiran ibunya yang ke 44 tahun. Paling best, Janna hadiahkan ibunya sebuah kereta.


Namun apa yang menarik perhatian ialah ibu Janna Nick yang cantik dan muda. Macam kakak dengan adik je tengok.


SIAPAKAH JANNA NICK?

Biodata Janna Nick

Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner


Nama Komersil : Janna Nick


Tarikh Lahir : 1 Jun 1995


Umur : 22 tahun (2017)


Ketinggian : 165 cm


Asal : Sungai Petani, Kedah


Keturunan : Darah campuran Cina-Pakistan dan Thai


Status : Belum berkahwin


Kerjaya : Pelakon, pengacara dan penyanyi


Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Pencapaian : Menang sebagai Aktres Pilihan (Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Syarul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016


Keluarga : Anak kedua daripada empat beradik


Lagu Single : Mungkin Saja – OST Suami Tanpa Cinta


Laman Sosial :

Facebook https://www.facebook.com/jannanick95

Instagram https://www.instagram.com/jannanick

Twitter https://twitter.com/jannanick95


Drama :


Mek Kelate


Syurga Nur


Jodoh 1 2


Syurga Di Wajahmu


Dan Calonnya Adalah


Di Penghujung Dendam


Puasa Oh Puasa


Kasih Berbisik


Keluarga Karaoke


Anak Ke-5


Kau Aku Kita


Abang Sado Jemur Kain


Si Montel


Terlanjur Mencintaimu


Kopi Sentul Mocha Santorini


Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.) – Episod Hari Keluarga


Suami Tanpa Cinta


My coffe Prince


DIA


Filem


Kerja Kahwin


Sumber: Gedebakviral


Norlida Ishak Shop