v Selesaikan isu lebih penting, Tony Eusoff minta Finas realistik
Expired : 18.06.18

Selesaikan isu lebih penting, Tony Eusoff minta Finas realistik

Pelakon Tony Eusoff meminta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) menyelesaikan isu penting membabitkan industri perfileman negara terlebih dahulu sebelum bercita-cita melihat industri tempatan di peringkat antarabangsa. — Foto ihsan Facebook/Tony Eusoff
Pelakon Tony Eusoff meminta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) menyelesaikan isu penting membabitkan industri perfileman negara terlebih dahulu sebelum bercita-cita melihat industri tempatan di peringkat antarabangsa. — Foto ihsan Facebook/Tony Eusoff

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Pelakon Tony Eusoff menegur kepimpinan baharu Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Memuat naik hantaran di media sosial, Tony secara sinis mempersoalkan cara untuk penggiat filem tempatan memenangi anugerah berpresij di luar negara.

“...macam mana nak menang (anugerah) Oscar? Apakah langkah-langkah yang dicadangkan kalau ada pun?

“Dari segi bajet kita dah jauh ketinggalan kalau nak bandingkan dengan pemenang-pemenang Oscar sebelum ini. Nak menang macam mana tu? Pakai bomoh? Harga Oscar tu mahal ye,” katanya di Twitter.

Satu lagi, macam mana nak menang oscar? Apakah langkah2 yg dicadangkan kalo ada pun? Dari segi budget kita dah jauh ketinggalan kalo nak bandingkan dgn pemenang2 oscar sblm ni. Nak menang macam mana tu? Pakai bomoh? Harga oscar tu mahal ye.

— tony eusoff (@tonyeusoff) May 28, 2020

Ciapan pelakon berasal dari Kuching, Sarawak itu muncul selepas Pengerusi Finas Zakaria Abd Hamid mengumumkan pihaknya memasang impian untuk melihat filem tempatan ke peringkat antarabangsa dan mendapat pengiktirafan.

Terdahulu, Tony turut membangkitkan mengenai isu kebajikan anak seni yang perlu diberi perhatian serius.

“Janganlah asyik cakap nak menang Oscar sahaja. Kita ni dekat kampung pun tak tentu jaguh lagi.

“Rujuk kontrak-kontrak yang berat sebelah dulu. Pastikan pelakon tak payah bawa baju sendiri untuk penggambaran. Wig (rambut palsu) pun masih jelas nampak palsu.

“Ni belum lagi sentuh isu kebajikan, royalti, kebebasan kreatif dan sebagainya.

“Jadi tolonglah jangan memperlekehkan cabaran pekerja-pekerja filem tanah air dengan niat nak menang anugerah anatarabangsa, sebelum buat apa-apa penyelidikan dan pembetulan yang perlu dalam industri,” katanya lagi.