Expired : 18.06.18

Seleweng dana PRU14: SPRM sita RM1.19 juta


KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai mencecah RM1.19 juta susulan penahanan 17 pegawai dan pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Selasa lepas.


Menurut sumber SPRM, selain itu terdapat juga sitaan terbaru kenderaan iaitu sebuah Subaru Impreza dan sebuah Toyota Vios, serta sebuah motosikal jenama Honda


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan jumlah terkini penyitaan wang berkenaan.


“SPRM bercadang untuk memanggil bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan beliau bahawa dana RM3.5 juta itu dimiliki oleh UMNO,” katanya yang enggan mengulas lanjut.



Semalam, SPRM menyita beberapa lagi aset berharga disyaki hasil penyalahgunaan wang dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas berhubung kes ini.


Antara aset yang sita wang tunai berjumlah RM978,800, lima kereta, 11 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas elektrik.


Lima buah kenderaan berkenaan ialah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza manakala 11 motosikal terdiri daripada lima buah jenama Yamaha dan selebihnya jenama Honda.


Selasa lepas kesemua 17 suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, antara 2.45 hingga 3.15 petang serta disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta.- Bernama


The post Seleweng dana PRU14: SPRM sita RM1.19 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop