Expired : 18.06.18

Seluar Dalam Dan Orang Utan Antara Emoji Baharu Diumumkan Oleh Unicode Untuk Tahun 2019

Penggunaan emoji pada telefon selular bermula di Jepun pada tahun 1997. Set pertama ini hanya mengandungi 90 emoji. Sehingga tahun lalu sebanyak 1212 emoji (tidak mengambil kira variasi) disokong pada pelbagai platform yang menggunakan standard Unicode. Senarai akhir Unicode Emoji 12.0 telah diumumkan dan ia akan menambah 230 lagi emoji baharu.


Antara yang bakal diperkenalkan ialah orang utan, kerusi roda, pasangan berbeza kaum, OKU pendengaran, OKU penglihatan, seluar dalam dan kuil Hindu adalah antara emoji baharu yang diperkenalkan. Ia secara rasmi akan mula disokong pada Mac 2019 tetapi masih memerlukan pembangun sistem operasi untuk menyertakannya ke dalam peranti. Dengan ribuan pilihan emoji pada peranti, emoji manakah yang paling kerap anda gunakan?


Norlida Ishak Shop