Expired : 18.06.18

Seluar dalam ganti topeng muka? Warga maya selar Fizo Omar

Pelbagai pihak menuntut penjelasan mengenai gambar 'kontroversi' yang dimuat naik Fizo Omar. ― Foto ihsan Instagram/fizoomar
Pelbagai pihak menuntut penjelasan mengenai gambar 'kontroversi' yang dimuat naik Fizo Omar. ― Foto ihsan Instagram/fizoomar

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Heboh sukar mendapatkan topeng muka di pasaran, pelakon Fizo Omar mencadangkan “alternatif” sebagai gantinya.

Pelakon drama Adellea Sofia mencadangkan seluar dalam di laman sosial kerana susah mendapatkan topeng muka  selain menanda pagar ‘saya jual’ dan ‘sila pm tepi’.


“Susah sangat hendak cari topeng muka,” coret Fizo berserta foto seluar dalam yang dipintal menjadi seakan topeng muka di laman Instagram dan Facebook.


Ternyata tindakan Fizo, nama popular Wan Hafizol Wan Omar, mengundang perhatian ramai pengikut.


“Makin teruk dah saya tengok kamu ni. Hahaha. Reput sangat ke tu?” soal Kam2u dan dibalas Fizo katanya “berjangkit dengan orang gila tu”, tanpa menamakan siapakah gerangan. 


Peminat seperti Wany Medinaa membalas di komen sama katanya boleh menerka ‘orang gila’ yang dimaksudkan Fizo.


“Kam2u nak order ke? ada yang warna kuning-kuning sikit,” usik Fizo lagi.




Pengikut Instagram seperti Iena 86 dan Azrina Meena pula merasakan usikan Fizo sebagai ‘loklaq’, dialek utara yang disifatkan sebagai tidak senonoh.


“Kasar gurau tu adik!” tulis Esah No Lawa di Instagram.


Sementara itu di Facebook pula menyaksikan hantaran mendapat reaksi pelbagai para peminat dengan lebih daripada 500 komen.


Hantaran Fizo juga dilihat mendapat tentangan pengikut yang merasakan ia tidak patut malah ada yang berasa malu melihat rupa seluar dalam tersebut.


“Tak senonoh betul. Kalau nak jimat pun tak payahlah pakai seluar dalam,” tegur Shaminah Jb.


“Segan pula kakak nak cakap..hi hi,” tulis Nor Shalyiza Hashim.


Pengikut bernama Afif Abdullah Shahaimin pula seakan tidak percaya gurauan yang dibuat Fizo dan bertanya sama ada akaun beliau telah digodam pihak lain.


Nek Laila mencadangkan agar Fizo menjadi model topeng muka seluar dalam terlebih dahulu.


“Fizo omar pakai dulu...pasti jadi tular,” katanya.


Menariknya, ada pengikut mengaku telah mencuba kaedah yang dicadang Fizo, namun katanya telah dilarang pihak berkuasa.


“Tadi saya ada pakai buat macam ni akhirnya kena tahan polis suruh buang.. Hahaha,” akui Razi Razio.


Pelbagai pihak dilihat mengemukakan soalan lanjut mengenai gambar ‘kontroversi’ yang dimuat naik Fizo itu.


“(Seluar dalam) Yang baru basuh ke yang dah pakai sehari suntuk ni?” tanya Mohammad Nazreen.


Selain itu, ramai pengikut Facebook menjadikan usikan Fizo sebagai sindiran dan jenaka yang diselang-selikan nasihat kepada pelakon tersebut.


“Aduh jangan promosi tu nanti kena virus lain habis seluar dalam bini kau orang yang jemur kat luar tu haha,” tulis Fatimah Sudin.


Hantaran itu mendapat 9,105 tanda suka di Instagram selain 188 perkongsian di Facebook. 


Ternyata hantaran mengundang gelak tawa sebahagian besar pengikut, tidak terkecuali kritikan pedas terhadap Fizo Omar.