Expired : 18.06.18

Semakin Seksi, Baik Tak Payah Pakai Baju Terus – Netizen Kritik Video Puteri Aishah Pakai Bikini?

Teruk dikritik sebelum ini kerana memakai gaun merah yang terlalu mencolok mata dan terlampau seksi, pelakon drama Selafaz Cinta,  Puteri Aishah nampaknya kebal dengan segala kecaman dan terus tampil dengan imej yang lebih ‘daring’.



Kali ini, video yang menunjukkan beliau seakan memakai bikini ketika bercuti menjadi bualan hangat netizen.  Bagaimanapun, hanya bahagian atas tubuhnya sahaja yang kelihatan.


Rata-rata netizen agak terkejut dengan perubahan imej pelakon itu yang sebelum ini agak sopan tetapi sudah terlalu mengikut fesyen barat sejak namanya popular.



Terdahulu, beliau viral dengan kisah Cikgu Aishah yang bertudung manis sehingga membuka peluang untuk beliau menceburi dunia lakonan. Puteri Aishah juga merupakan finalis pertandingan Dewi Remaja edisi 2014/2015.


Sumber Berita : Media Hiburan


Norlida Ishak Shop