Expired : 18.06.18

Semalam Tauke Jambu Masuk Final Dan Hari Ini Isteri Dia Minta Maaf

Nadia Mohd Affandi telah memohon maaf kepada suami di atas tindakannya berkaitan isu rumah tangga mereka baru-baru ini.


ISTERI kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi telah memohon maaf kepada suami di atas tindakannya berkaitan isu rumah tangga mereka baru-baru ini.


isteri kepada pelawak Tauke Jambu memohon maaf kepada suaminya dan mengakui semua yang berlaku berpunca daripada kekhilafan dirinya.


Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 30, berkata dia terlalu mengikutkan perasaan marah sehingga mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.


Nadia berbuat demikian menerusi kemas kini di ruangan Instagram (IG Story) miliknya buat tatapan umum.


“Here I want to say sorry to Tauke Jambu, ya betul saya yang salah dalam semua hal, dia tak salah apa, yang dia katakan itu semua betul.


“Statement yang saya silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran, so you guys stop kecam dia okay, dia tak salah.


“Once again, I am so sorry Tauke Jambu,” tulisnya.



Malah, Nadia meminta semua orang berhenti mengecam Tauke memandangkan suaminya itu tidak melakukan sebarang kesalahan terhadapnya.



“Dia tak salah… Sekali lagi, saya minta maaf sangat pada @taukejambu,” kata Nadia. Nadia membuat permohonan maaf tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu.



Pada 5 Januari lalu, Nadia pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa dia dan Tauke sudah berpisah.


Menurutnya, Tauke menceraikan dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan ketika itu dia berada di kampung.


Tambah Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.


Bagaimanapun, Tauke menafikannya dan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji sehingga isterinya tidak boleh berfikir dengan baik.


Nadia dan Tauke atau Zamratul Amriia, 42, berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan anak pertama, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.


Sebelum ini, Nadia pernah mendakwa suaminya itu menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan mengatakan mereka sudah berpisah, namun perkara itu dinafikan sendiri oleh Tauke.


Berikut ada video Tauke masuk final MLM.

taukejambu Nampaknya ramai masih sayang kan kami.. melonjak kengkawan Ngn sahabat macam pesta gol.. terima kasih semua yg mendoakan dan menyokong i love u all toq


Norlida Ishak Shop