v Semangat Untuk Pemimpin, Kami Tidak Malu Sokong UMNO Di Kala Kalah – Mahasiswa UMNO
Expired : 18.06.18

Semangat Untuk Pemimpin, Kami Tidak Malu Sokong UMNO Di Kala Kalah – Mahasiswa UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Dis – “Kami tidak malu sokong UMNO di kala UMNO kalah. Inilah perjuangan anak muda… kami ingin beri semangat kepada pemimpin,” itulah antara luahan ahli kelab Mahasiswa UMNO.

Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sufian Akmal berkata, soal malu atau tidak adalah perkara kedua kerana apa yang penting adalah perjuangan sejajar dengam tema ‘UMNO sebuah perjuangan’.

“Bila UMNO kalah takkan nak lari. Kami di sini nak bangkitkan semangat kepada pmimpin parti. Kami di bawah ingin sampaikan hasrat kami untuk berjuang bersama dengan pemimpin kerana kalah bukan bermakna kita kalah selamanya. Kita akan bangkit dan akan lawan… pada PRU-15 nanti, insya-Allah kita akan menang,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Pelajar Universiti Malaya Mohd Nizar Adnan turut senada dan jelas beliau, inilah masanya untuk anak muda mengenal apa itu erti perjuangan.

“Di sinilah kita boleh menilai erti perjuangan. Saya akui, anak muda hari ini kurang mengenal erti perjuangan maka saya memilih UMNO pada saat kalah bagi mengenal erti perjuangan. Berjuang dalam politik hari ini.

“Justeru saya akan bersama kelab Mahasiswa UMNO untuk pastikan mesej disampaikan kepada anak muda bahawa UMNO bukannya teruk. Kami akan pastikan gerak kerja UMNO itu sampai di universiti. Sebelum ini orang cakap UMNO tidak terbuka kepada anak muda jadi inilah platform terbaik untuk menunjukkan kepada anak muda sebenarnya anak muda diterima dalam UMNO,” ujar beliau.

Pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhammad Iman Shafiq pula berkata, dirinya memilih UMNO di saat UMNO bukan lagi parti kerajaan adalah untuk menyatkan pendirian secara telus.

“Inilah masa terbaik untuk saya nyatakan sokongan kepada UMNO. Jika sebelum ini mahasiswa teragak-agak tetapi kali ini kita perlu secara terbuka menyatakan sokongan dan nyatakan apa yang benar,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE