Expired : 18.06.18

Semarak Kasih Ramadhan Santuni Penduduk Terjejas

Oleh: Muhammad Hadi



KANGAR : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis menerusi Program Semarak Kasih Ramadhan, telah menyampaikan sumbangan kepada para penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Dalam program yang berlangsung semalam, seramai 18 orang penerima telah menerima sumbangan berupa kit keperluan harian.


Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi LKK Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr.’Uyun Abd Malek.


Hadir sama dalam program berkenaan ialah Penolong Setiausaha 2 DMPM  Pn.Huda Nordin, Setiausaha LKK DMPM Pn.Zuriati Ya’akob serta Pengerusi LKK DMPNPs Jaliah Mohd Zakhir.



Menurut Jaliah, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis dan Briged Muslimat Negeri Perlis serta Muslim Care dalam menjayakan program berkenaan.


“Selain itu, kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada LKK DMPK Kangar, Arau dan Padang Besar yang sudi menjadi tuan rumah serta turut sama menjayakan program pada kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.



 


The post Semarak Kasih Ramadhan Santuni Penduduk Terjejas appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).