Expired : 18.06.18

Sembilan militan Abu Sayyaf ditembak mati di selatan Filipina


MANILA, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Sembilan anggota militan, disyaki daripada kumpulan Abu Sayyaf, ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di selatan Filipina, semalam.


Media tempatan melaporkan, pertempuran sepanjang hari itu berlaku di pekan Patakul, wilayah Sulu membabitkan kira-kira 120 anggota militan.


Sembilan belas anggota militan Abu Sayyaf cedera dalam pertempuran itu.


“Militan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil ketika pertempuran dalam usaha melarikan diri.


“Sokongan dan kerjasama penduduk tempatan membantu kejayaan operasi tentera,” kata Komander Pasukan Tindakan Bersama Sulu, Brig Jeneral Divino Rey Pabayo.


Pada awal 1990, kumpulan Abu Sayyaf berpecah daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai Nur Misuari.


Serangan pertama militan Abu Sayaf bermula pada 1991 menyebabkan dua warga Amerika Syarikat maut akibat letupan bom tangan.


Tahun lalu, Presiden Rodrigo Duterte menawarkan perdamaian dengan kumpulan Abu Sayyaf yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan Daesh. – Agensi


The post Sembilan militan Abu Sayyaf ditembak mati di selatan Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop