Expired : 18.06.18

"Semoga Allah Makbulkan" - Siti Nurhaliza Doakan Aafiyah & Orang Sekeliling Agar Terhindar Dari COVID-19




Asraf Aided



Hiburan



Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memanjatkan doa buat anaknya, Siti Aafiyah dan orang di sekelilingnya agar terhindar dari jangkitan wabak COVID-19.


Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.


Di entri tersebut, Siti turut berkongsi sekeping foto Aafiyah yang sedang berbaring di atas sejadah.


"Subhanallah, anak ibu soleha ni...Semoga Allah SWT makbulkan doa ibu.


"Semoga seluruh ahli keluargaku dan orang sekelilingku dilindungi virus COVID-19, diperkuatkan keimanan dan keberkatan dunia serta akhirat.


"Semoga anakku Aafiyah di bawah lindungan-Mu, diangkat martabatnya, ditakdirkan baik-baik untuknya serta menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat," tulis Siti di ruangan kapsyen.


Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Siti.


Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan mengaminkan doa penyanyi nombor satu negara itu.
 




 
Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes pesakit yang telah dijangkiti telah mencecah 1518 secara keseluruhan, setakat petang (23 Mac 2020).

159 dari jumlah itu telahpun pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.


Jumlah kematian pula telah mencecah 14 orang.

BACA : COVID-19: 4 Kes Kematian Dalam 24 Jam, 212 Kes Baharu


Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk  menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.


Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!