v “Semoga Perjalanan Untuk Bertemu Anakmu Akan Lancar…” – Kongsi Foto Terkini, Peminat Titip Doa Buat Fazura
Expired : 18.06.18

“Semoga Perjalanan Untuk Bertemu Anakmu Akan Lancar…” – Kongsi Foto Terkini, Peminat Titip Doa Buat Fazura

Pelakon jelita, Fazura atau nama Nur Fazura Sharifuddin kini sedang meniti hari saat untuk melahirkan anak pertamanya yang dijangka bakal lahir pada Oktober depan.

Terbaru, Fazura ada berkongsi sekeping foto terkini dirinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar segala urusan bintang berusia 37 tahun itu dipermudahkan.

Bukan itu sahaja, penampilan bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu turut menjadi perhatian peminat.

Bagaimanapun, Fazura belum mendedahkan jantina anak sulungnya itu sehingga kini.

Sekadar informasi, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017.

Foto: Instagram Fazura