v “Semoga Warga PDRM Akan Terus Kental Dan…,” – Ekspresi Rasa Hormat, Ini Dedikasi Ayda Jebat Sempena Hari Polis Ke-213
Expired : 18.06.18

“Semoga Warga PDRM Akan Terus Kental Dan…,” – Ekspresi Rasa Hormat, Ini Dedikasi Ayda Jebat Sempena Hari Polis Ke-213

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat ada menitip kata ucapan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena dengan Hari Polis Ke-213, hari ini.

Perkongsian tersebut dibuat penyanyi lagu Better Than You ini menerusi satu posting terbarunya di Instagram.

Memberikan penghargaan, figura berusia 28 tahun itu mendoakan agar seluruh warga PDRM terus cekal berkhidmat demi keselamatan dan keamanan negara.

“Selamat Hari Polis Ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

“AJ Force di belakang memerhati Pokemon-Pokemon yang masih keluar bersiar-siar, melepak dan membeli-belah.

“Stay Selfish? Nak kena quarantine berapa lama lagi? tulis Ayda.

Di samping itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan warga PDRM kepada negara di ruangan komen entri berkenaan.

Foto: Instagram Ayda Jebat