Expired : 18.06.18

Sempena Lancar Album Terakhir, Faizal Tahir Ada Mural Sendiri Di KL!




Zulaikha Yusof



Hiburan

Sempena Lancar Album Terakhir, Faizal Tahir Ada Mural Sendiri Di KL!
Penyanyi dan komposer Faizal Tahir merupakan artis pertama yang mempunyai mural sendiri sempena keluaran album terbarunya yang berjudul Rojak.

Menurut Faizal, lukisan mural itu amat bermakna kepadanya dan juga peminat kerana album Rojak merupakan album terakhir.

Lukisan mural ini telah dilukis oleh pelukis terkenal iaitu Katun atau nama sebenarnya Ab Hafiz Ab Rahman dan projek lukisan ini hanya memakan masa selama dua hari.

Faizal telah menandatangani sendiri bagi mengabadikan lukisan mural di Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Penyelaras Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Marzuki Hj. Ahmad. 

Album Rojak yang kini sudah menemui peminat di pasaran menampilkan sembilan lagu termasuklah Ragaman, Bisa Aja, Ratu, Kamu dan banyak lagi.

Album Rojak diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. 

Album fizikal dalam bentuk CD boleh dibeli di kedai-kedai seluruh negara manakala versi digital boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes bermula 2 Ogos 2019.


Norlida Ishak Shop