Expired : 18.06.18

Semua Benda Fikir Ke Arah LGBT – Janna Nick Respon Isu Dikecam Kerana Foto ‘Bercumbu’

Hanya kerana sekeping foto mesra antara pelakon Janna Nick dan Eyka Farhana, mereka berdua dikecam teruk oleh netizen dan dituduh memberikan contoh tidak baik kepada remaja diluar sana serta mempromosikan lagi LGBT.



Mungkin sudah bosan dengan sikap netizen yang hanya mencari kesalahan orang lain, Janna menjelaskan foto tersebut tidak membawa apa-apa maksud dan berhentilah untuk mengaitkan semua perkara dengan isu budaya songsang.









Foto itu tiada apa-apa maksud, ia hanya sekadar momen bergambar dengan seorang rakan, terserah pada perspektif masing-masing yang melihat. Mungkin hal LGBT ini sudah semakin meluas diperkatakan, jadi orang ramai mula mengaitkan semua benda dengan isu tersebut.


Sampaikan perbuatan yang tak ada kena mengena pun turut dikaitkan sama. Mereka yang fikir ke arah itu! Bukan semua benda kita buat ada kaitan dengan hubungan songsang itu. Foto itu hanyalah perasaan kasih sesama manusia, mari sebarkan perasaan cinta terhadap orang sekeliling kita dan ambil nilai positif itu.



Kan dah kena ‘sekolah’ dengan Janna, itulah ada kalanya kita harus bersikap lebih terbuka dan tidak memandang semua perkara daripada sudut negatif.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop