Expired : 18.06.18

Semua Benda Nak Kecam, Jangan Jadi ‘Bitchy’ Sangat – Nelydia Senrose Pertahankan Oktovia Manrose

Gara-gara memuat naik foto bersama pasangan pengantin baru Nelydia Senrose dan suaminya, pelakon Oktovia Manrose menerima pelbagai sindiran pedas daripada netizen agar tidak mengganggu suami Nelydia pula.



Bengang dengan kata-kata sindiran yang agak melampau, Nelydia tampil mempertahankan sepupunya itu daripada terus dikecam.


Terdahulu,  nama Oktovia hangat diperkatakan selepas didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff Aziz. Bukti kecurangan Aliff didedahkan sendiri oleh isterinya Bella Astillah apabila mendapat maklumat daripada satu sumber mengatakan suaminya sedang berhibur di sebuah kelab malam bersama Oktovia. Menafikan dakwaan itu pada awalnya, Oktovia akhirnya  akhirnya tampil mengakui kesilapannya keluar dengan suami orang dan memohon maaf secara terbuka.


Norlida Ishak Shop