Expired : 18.06.18

‘Semua Dia Buat Sendiri’- Ibu Kongsi Kisah Anak Autisme Penggemar Kereta Hot Wheels Jadi Inspirasi Ramai




Mempunyai anak-anak Autisme merupakan anugerah yang dikurniakan buat ibu bapa. Bukan sahaja dapat menjadikan ibu bapa lebih sabar dan cekal mengharungi hari seharian, malah anak-anak Autisme ini bijak dalam cara mereka tersendiri. Begitu juga dengan kisah inspirasi yang dikongsikan oleh si ibu ini dimana anaknya yang menghidapi Autisme mula mengumpul kereta Hot Wheels sejak dari umur 7 tahun. Apa yang menarik lagi adalah kesemua kereta ini dibeli dengan sendiri dan disusun seperti di kedai pameran kereta Hot Wheels!


ANAK AUTISME KUMPUL KERETA KECIL DARI UMUR 7 TAHUN


Anak austism saya 20 tahun.






Pengumpul kereta hotwheels tegar. Sanggup tak belanja masa sekolah dulu semata-mata nak beli kereta. Kereta-kereta tu dia kumpul dari umur 7 tahun masa kecik dia hyper sangat.. Bergantung pada ubat kalau nak ke sekolah. Rak-rak tu semua dia buat sendiri… Siap letak plastik jernih macam cermin.. Akak tanya beli kat mana dia kata kat popular…
















ORANG TAK SUDI BERKAWAN PUN…



Tak minta tolong dengan sesiapa pun….semua dia buat sendiri…Dia tak ada kawan langsung… Hidup dengan dunia dia sendiri… Orang pun tak sudi berkawan dengan dia kan.. Bangga sangat… Jangan down bila kita ada anak istimewa… Kita tak tahu kebolehan dia apa. Boleh tengok dekat ig yoshine75 aktiviti dia. Sepatah pun tak ada tulis bahasa melayu… Walaupun sepatah pun tak pernah dengar dia speaking.




Sumber : Dlaila Norlaila










Recommended for you






Norlida Ishak Shop