Expired : 18.06.18

“Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya” – Nur Fazura

Aktres jelita Nur Fazura berkongsi beberapa tips untuk menyayangi diri sendiri.


Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.


Menurut Fazura, seseorang individu harus akur dengan perancangan Tuhan dan sentiasa berusaha keras untuk mendapatkan apa yang dimahukan.




“Tips untuk menyayangi diri sendiri, tindakan harus diambil segera!


“Percaya dengan perancangan Tuhan, semua yang berlaku ada hikmahnya! Kita harus sentiasa berdoa, berusaha keras dan bersabar, keajaiban akan muncul nanti.


“Duduk, bernafas dan ambil masa untuk tulis apa yang membanggakan tentang diri anda, ingat betapa baik, penyayang dan kuatnya anda”, tulis Fazura sebagai kapsyen.


Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Fazura meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapatnya itu.





View this post on Instagram


Tips on LOVING YOURSELF. Actions to be taken immediately!


Norlida Ishak Shop