Expired : 18.06.18

Senarai Jenis Makanan Tun M Didedahkan, Buah Naga Antara Yang Dielak!

Senarai Jenis Makanan Tun M Didedahkan, Buah Naga Antara Yang Dielak!
Tahun lalu tular tentang cara pemakanan dan jenis vitamin yang diambil Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Kali ini, jenis makanan yang diambil Tun M telah tular sekali lagi, namun dengan senarai yang lebih lengkap.
 
Perkara ini didedahkan ketika Tun M menghadiri majlis makan malam dan turut kelihatan adalah senarai makanan yang dihidangkan kepada beliau.
 
Anda boleh gambar berkenaan di bawah:


 
Berdasarkan gambar di atas, makanan kegemaran beliau adalah mee kari, char kuew tew, mi goreng, roti jala, tosai, asam pedas ekor, aneka kuih raya (kurang manis), popiah, semua jenis buah kecuali buah naga.
 
Minuman pula adalah air minuman jenama Spritzer, kopi tanpa caffein, teh madu bersama lemon.
 
Sementara itu makanan yang dielak pula adalah ikan, lala dan sotong serta makanan pedas.
 
Untuk makluman anda, makanan yang dihidangkan kepada Perdana Menteri haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau cef peribadinya.
 
Makanan dihidang mestilah mengikut diet Perdana Menteri dan isterinya.
 
Sumber: eNanyang/The Vocket
 
 


Norlida Ishak Shop