Expired : 18.06.18

“Sendiri tak pandai nak salahkan buku?” – Pelajar Bakar Buku Add Math Sebab Kecewa Tak Dapat Jawab Soalan SPM

Apa khabar pelajar SPM 2018? Semalam khabarnya pelajar-pelajar ini baru saja menduduki peperiksaan bagi subjek Additional Mathematics atau Add Math yang merupakan salah satu killer paper bagi SPM.


Stress memang lah stress kan sebab soalan Add Math ni memang susah belaka. Tapi janganlah korang sampai bakar buku subjek tersebut macam sesetengah pelajar ni buat semalam. Aiyooo serius la sampai bakar buku??


 


“Add Math, biar saya ekspresi rasa kekecewaan dengan cara ini…”


Menerusi sebuah tweet yang viral semalam, sekumpulan pelajar dilihat sedang membakar buku latihan Additional Mathematics tanpa rasa bersalah. Aduhai…


Sumber: Twitter



Sumber: Twitter

 


“Berdosa bakar buku. Sendiri yang tak pandai you want to blame the book?” 


Meskipun tak tahu pucuk pangkal apa yang pelajar ni kecewa sangat sampai nak kena bakar buku, tindakan ‘bodoh’ pelajar tersebut telah mendapat kecaman netizen yang merasakan budak-budak zaman sekarang dah tak reti menghormati ilmu pengetahuan. Buku tu dik, agak-agaklah sampai nak membakar kalau frust tak leh jawab soalan. 


Sumber: Twitter

 


“Anak-anak orang miskin sanggup cari dekat longgokan sampah untuk dapatkan buku-buku terpakai…” 


Bukan saja tindakan membakar buku ni tak hormati ilmu, tapi ia juga dianggap membazir sebab kesian sesetengah pelajar susah sanggup korek tong sampah nak buku. Tapi orang macam ni… siap bakar lagi. Hmm admin tak tahu nak cakap apa dah. 


Sumber: Twitter

Janganlah dek kerana stress exam adik-adik SPM buat perkara yang melampau macam ni. Ilmu ni kena dihormati walaupun korang benci subjek tersebut dan tak boleh nak jawab soalan exam. Apa-apapun goodluck jawab SPM! 


The post “Sendiri tak pandai nak salahkan buku?” – Pelajar Bakar Buku Add Math Sebab Kecewa Tak Dapat Jawab Soalan SPM appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop